SPR

SPR
KLIK UNTUK SEMAK

FACEBOOK

Followers

Recent Posts


Jutaan Belia 2012

Tuesday 13 March 2012

LIVE : RAKAMAN CREW CDC MALAYSIA TERPERANGKAP DALAM BANJIR

TRAGEDI### LIVE BANTUAN BANJIR AMPANG & HULU LANGAT By Sukarelawan CDC Selangor
LIVE  :  sukarelawan Selangor MEMBERI BANTUAN AWAL BENCANA ALAM DI LEMBAH JAYA AMPANG.

 

Mangsa-mangsa banjir ditempatkan di Sulrau Ehsaniah, Lembah Jaya Utara, Ampang Selangor, Mangsa-mangsa banjir lebih kurang 50 keluarga dan mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pelbagai bantuan disalurkan oleh Agensi-agensi kerajaan terutama Polis,Bomba,Rela,Tentera,JPAM, JKM dan lain-lain.


Sebuah rumah runtuh di Lembah Jaya, Utara Ampang
&
LIVE : RAKAMAN sukarelawan CDC Selangor TERPERANGKAP DALAM BANJIR



Setelah berada di Ampang Jaya Utara, Crew CDC  terus bertolak ke Hulu Langat, di sini agak teruk terjejas dan jalan-jalan utama ditutup untuk laluan terutama menghala ke batu 14,15,16 dan terus ke Sungai Lui, 

Crew CDC terus menghala dari Sungai Tekali ke Sungai Serai. Video di bawah sempat dirakam semasa perjalanan ke Sungai Serai dan Crew tersangkut dalam banjir di Taman Perkasa, Sungai Serai akibat keadaan amat berbahaya untuk dilalui kenderaan.




Crew CDC  mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba terutama Ketua operasi banjir, Balai Bomba Pandan yang ingin menghantar kami ke pusat bantuan banjir Sungai Serai menggunakan bot pasukan Bomba.

Walaubagaimanapun, keadaan semasa itu, pihak Bomba sedang memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, kami meminta pihak Bomba membantu dahulu mangsa-mangsa banjir di sekitar Taman Perkasa.

Sekali lagi bagi pihak CDC Malaysia ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak dan agensi kerajaan yang membantu mangsa banjir semalam.

No comments:

Post a Comment